Tidak seperti selalu
kali ini tanpa ros atau mawar
aku datang kepadamu
berteman bulan dan malam
sejambak cinta yg segar
segugus rindu yg mengharum
adalah hadiah dan kenangan.
Jangan kau padamkan namaku
dari sejumlah sejarah yg tercatat
saat embun seperti gerimis
membanjir dan melimpah
tumbuh subur di kalbu hayat.
Selamat ulang tahun kekasih
akulah seorang yg tegar menyusur cahaya
pulang berpimpin tangan ke negeri imani
setia merawat jejak yg membekas.
Tetapi, jika kau ingin juga memadam namaku
padamlah dengan seluruh keikhklasan
bukan kerna dendam atau amarah
kerana aku susah bersedia akan takdir kemungkinan..
By eikacdin.

No comments:
Post a Comment