Persahabatan itu umpama dakwat dan kertas,
Dakwat memberi erti apabila tercatatnya ia di atas kertas.
Persahabatan itu umpama kuku dan jari,
Tanpa kuku jari tiada seri.
Persahabatan itu umpama daun dan bunga,
Cantiknya bunga kerana disisinya ada daun yang cantik.
Persahabatan itu umpama nasi dan lauk,
Tanpa kedua-duanya hilanglah selera laparlah perut.
Persahabatan itu umpama gincu dan bibir,
Calitan gincu boleh menyerlahkan kecantikan bibir itu.
Persahabatan itu umpama deria manusia,
Tanpa salah satunya,hilanglah nikmat merasa.
Persahabatan yang terjalin antara kita jangan pernah diputuskan hanya
kerana kita berbeza pandangan.
Aku mahu menjadi sahabatmu.
Aku mahu manjadi pendengarmu.
Aku mahu sentiasa disisimu.
kerna kau sahabat sejatiku..
by eikacdin®

No comments:
Post a Comment